? ??????????????Blue Forest? ????? ?? ???Rating: 4.1 (97 Ratings)??19 Grabs Today. 17660 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Palm Sunset? ????? ?? ???Rating: 4.3 (287 Ratings)??18 Grabs Today. 66632 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 26, 2009

Kedah Pengajaran

Pendekatan Belajar Sambil Bermain



Pendekatan bermain sambil belajar dapat meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut

1. Aktiviti yang menggembirakan;
2. Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran;
3. Permainan bebas dan terancang;
4. Kelonggaran masa;
5. Percubaan idea sendiri; dan
6. Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.
Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas Pendidikan Khas dikelolakan secara kelas, kumpulan dan individu yang dijalankan secara terancang.
1. Aktiviti kelas
Aktiviti kelas melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat,memberi arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi pada akhir pembelajaran. Selain itu aktiviti lain juga boleh dijalankan secara kelas seperti menyanyi beramai-ramai, berlakon, mendengar cerita dan menonton pertunjukkan boneka.
2. Aktiviti kumpulan
Aktiviti kumpulan ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Walau bagaimanapun setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama.
3. Aktiviti individu
Aktiviti individu ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Murid lebih banyak berinteraksi dengan bahan di pusat-pusat pembelajaran. Selain itu aktiviti individu memberi peluang kepada murid mendapatkan perhatian secara personal daripada guru.

0 comments: