? ??????????????Blue Forest? ????? ?? ???Rating: 4.1 (97 Ratings)??19 Grabs Today. 17660 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Palm Sunset? ????? ?? ???Rating: 4.3 (287 Ratings)??18 Grabs Today. 66632 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 2, 2010

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapt membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pengajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dpancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. BBM dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid. Dengan menggunakan BBM yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang mengatakan pembelajaran subjek-subjek tertentu yang hanya menggunakan kaedah kuliah (chalk and talk) adalah membosankan. Pengunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran dan boleh menumbulkan ransangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.

Jenis media BBM

Media yang boleh digunakan sebagai BBM terdiri daripada media bercetak dan media elektronik. Antara contoh bahan yang bercetak ialah gambar, keratan akhbar, poskad, risalah dan sebagainya. Manakala media elektronik pula adalah media yang menggunakan alat elektrik dan komponen-komponennya seerti jaringan internet, televisyen, radio, cakera padat (CD), video cakera pada (VCD) dan kaset.
a) Media bercetak:

Kad-kad gambar (flash card)


Keratan akhbar

Poskad

Majalah

b) Media elektronik


Komputer (jaringan internet)




Radio